Aidil beri respon, minta doakan hubungan dengan Fasha Sandha


Dunia hiburan tanah air digemparkan dengan kisah tentang hubungan antara dua pelakon Fasha Sandha dan juga Aidil Aziz.

Satu video memaparkan kemesraan antara mereka berdua ketika berada di airport telah menjadi buah mulut orang ramai.

Fasha Sandha sebelum ini tampil mengatakan bahawa dia dan Aidil Aziz memang mempunyai hubungan yang baik dan lelaki itu antara yang rapat dengan dirinya ketika ini.

Kali ini giliran Aidil Aziz memberi sedikit respon.

Menerusi laman IG miliknya, Aidil Aziz seperti memberikan bayangan tentang isu yang membabitkan dirinya dengan Fasha Sandha.

Aidil telah memuat naik satu gambar bersama Fasha Sandha dengan caption yang meminta peminat mendoakan mereka.

"Doakan yang baik-baik aje," tulisnya ringkas bersama tanda hashtag #dontjudgeabookbyitscover.
 
Bagaimanapun, entri itu mengundang banyak reaksi bercampur aduk dari netizen yang teruja melihat hubungan kedua-dua selebriti ini.

Malah, rakan pelakon Aiman Hakim Ridza turut tampil memberi komen dengan menyakat Aidil di ruang komen di gambar tersebut.

"Hamboi. Ikat tali kasut je? Bila nak ikat ikatan yang sah?" tulis Aiman Hakim Ridza.

Khabarnya, hubungan antara Fasha Sandha dan Aidil Aziz mulai rapat apabila disatukan menerusi drama bersiri dan telefilem Qalbu sejak April yang lalu.

Sama-sama kita tunggu perkembangan hubungan antaar mereka berdua ini.

Ramai juga peminat kedua artis ini suka melihat mereka bersama.

Diimbas kembali, Fasha Sandha sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih mesra di sapa Jejai pada 27 April 2012.

Mereka berdia telah disahkan bercerai talak satu pada 20 Januari 2016.

Sepanjang hasil perkahwinan mereka selama 4 tahun, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata.

Yang pertama seorang anak lelaki bernama Putra Rayfal Ramli, 4 tahun, dan yang kedua merupakan anak perempuan Putri Raysha Jemyma, kini berumur 3 tahun.

Jejai sebelum ini pernah berkahwin dengan Nora Danish dan mempunyai seorang anak lelaki.

Comments