Zara Zya Jumpa Keluarga Hafreez Adam, Sedia Jadi Isteri


Pelakon Zara Zya kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Hafreez Adam.

Gadis jelita berumur 33 tahun ini, berkata, dia tidak boleh menutup mulut orang ramai yang berprasangka buruk apabila dia bercinta dengan Hafreez.

Dedah Zara Zya lagi, hubungan cinta dengan Hafreez sudah mencapai tahap berikutnya apabila sudah bertemu dengan pihak keluarga Hafreez.

Kini, Zara Zya mengatakan dia bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.

"Saya selesa menjalin hubungan dengan Hafreez kerana otak kami boleh menerima hal-hal yang gila"

"Sebenarnya, saya sudah kenal dia sejak lima tahun lalu namun apabila digandingkan bersama dalam drama Monalisa, hubungan kami semakin intim. Doakan yang baik-baik untuk kami."

Apabila ditanya tentang keistimewaan yang ada pada jejaka berkenaan, Zara terus mendedahkan perihal Hafreez yang amat disukainya.

"Dia seorang yang amat penyabar. Kami serasi bersama dan sudah kenal kerenah masing-masing.

"Sebenarnya, saya tidak pernah umumkan kami ingin bercinta lebih serius namun cinta itu datang secara semula jadi."

"Lagi satu yang buat saya tertarik, dia seorang yang periang. Dia memang suka mengusik dan pandai buat lawak."

Apabila sudah terang sedang bercinta, ramai yang ingin tahu, adakah pasangan ini sudah ada perancangan untuk ke arah perkahwinan.

Zara Zya dengan tenang menyatakan mereka belum lagi memikirkan tentanghal berkenaan namun meminta orang ramai terutama peminat mendoakan mereka.

"Hafreez kata tidak mahu bertunang namun ingin terus bernikah. Saya tidak lagi terfikir sampai ke arah itu tetapi saya minta orang ramai mendoakan hubungan kami sehingga ke jenjang pelamin. Ibu dan kakak saya sudah berjumpa dengan Hafreez. Cuma Hafreez belum berjumpa dengan bapa saya lagi."

Itulah komen dari Zara Zya tentang kisah hubungan percintaan dengan rakan pelakon Hafreez.

Kedua-dua mereka sedang terlibat dalam drama berjudul Monalisa yang ditayangkan di Astro.

Comments