Zahirah MacWilson Akhirnya Maafkan Zul Ariffin


Pelakon popular Zahirah MacWilson dan Zul Ariffin kini sudah terlerai kasihnya. Pelbagai isu yang timbul apabila kisah mereka berdua sering dibicarakan di khalayak ramai.

Antara nya yang menjadi bualan sudah tentu kisah kenyataan dari bapa Zahirah Mac Wilson ke atas Zul Ariffin.

Kini dubulan yang mulia ini, Zahirah sudah memaafkan bekas kekasihnya, Zul Ariffin, malah telah bersedia melupakan sengketa yang pernah berlaku antara mereka.

Melalui laporan Berita Harian, katanya ini kerana tidak mahu hidupnya terus dihantui dendam.

Pelakon berumur 23 tahun ini berkata sudah tiba masa dia memberikan fokus kepada membina kerjaya dan berusaha menjauhkan diri daripada kembali terpalit dalam kontroversi semata-mata.

Kata Zahirah, dia tidak mahu reputasi kerjayanya terjejas.

"Saya sudah melupakan segala-galanya, malah turut memaafkan semua salah dan silapnya. Hubungan kami terlerai dengan baik dan tiada guna dibangkitkan lagi. Cukup pengalaman selama tiga tahun kami bercinta.

"Saya juga ingin memohon maaf daripada Zul atas salah dan silap saya ketika kami bersama. Banyak dugaan yang saya lalui sepanjang menjadi anak seni. Dalam manis ada pahitnya, terutama apabila ibu dan bapa berpisah.

"Ia cukup meninggalkan kesan dan membuatkan saya bersedih. Tetapi, pengalaman itu juga membentuk saya menjadi lebih kuat dan matang. Saya kini tidak lagi takut untuk menempuh apa saja dugaan,"

"Sepanjang tiga tahun lalu, saya tidak terlalu mendesak diri untuk bekerja. Namun, selepas melihat beberapa drama lakonan saya mendapat perhatian, saya mula terfikir untuk meneroka peluang lebih besar.

"Saya perlu kekalkan prestasi yang baik supaya tidak lagi dibayangi kontroversi. Selagi ada tawaran, saya akan cuba penuhi untuk memastikan jadual saya sentiasa terisi," 

Dalam perkembang terkininya, Zahirah memberitahu bahawa dia baru sembuh daripada tekanan darah rendah yang membuatkan susuk tubuhnya semakin susut.

"Ramai yang menegur saya semakin kurus dan menyangka saya sedang berdiet. Sebenarnya tidak kerana saya baru saja pulih daripada sakit. Mungkin kerana terlalu sibuk bekerja, kesihatan saya jadi tidak menentu.

"Ketika ini, saya sedang menjayakan penggambaran drama untuk slot Akasia, Jangan Benci Cintaku. Selain itu, saya juga kerap terbang ke sana sini atas urusan kerja," 

Baguslah kalau begitu. Semoga kedua-dua terus move on dan maju dalam kerjaya masing-masing.

Tambahnya lagi, pada tahun ini, Zahirah akan menyambut hari raya Aidilfitri di Perth, Australia.

Comments