Tolong Doakan Angah Raja Lawak, Isteri Dedah Angah Sakit


Ini perkembangan terbaru tentag pelawak popular Angah Raja Lawak.

Melalui laman IG miliknya, Amira Asyura Abd Razak, isteri kepada penyampai radio Sinar dan bekas peserta Raja Lawak, Angah telah memohon orang ramai dan para peminatnya agar mendoakan supaya kesihatan suaminya kembali pulih.

Menerusi satu entri di Instagram (IG), Amira berkongsi gambar Angah yang sedang mendapatkan rawatan dengan memakai nebulizer.

"Assalamualaikum sahabat dan followers, dia orang yang baik, walaupun orang buat macam mana sekalipun Lillahitaala suami saya orang yang baik hati budinya.

"Mungkin kadang ramai yang tak memahami dia, mahupun hanya sekadar mengenali dia atas namanya sahaja.

"Tak kira siapa pun anda semua, tolong doakan semoga suami saya diberi kesihatan seperti sediakala.

"Semoga Allah membalas doa anda semua dengan pengampunan dosa dan bahagia dunia akhirat. Amin"

Rata-rata para peminat dilihat terkejut dengan gambar yang dikongsikan oleh isteri Angah itu.

Ramai yang tidak tahu apa sebenarnya penyakit yang dialami oleh Angah, mungkin ada yang beranggapan dia menghidap asma memandangkan dia memakai nebulizer.

Diruangan komen, para follower telah mendoakan supaya pelawak berkenaan cepat sembuh seperti sediakala dan diberi kesihatan yang baik memandangkan lagi beberapa hari bakal menjelma hari raya Aidilfitri.

Untuk pengetahuan, Angah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016 yang lalu.

Angah sebelum ini hebat sebagai pelawak dan pelakon. Banyak filem yang Angah sudah berlakon seperti Adnan Sempit, Nongkrong dan juga Wawa Semput.

Malah Angah juga hebat di dapur dan dia menunjukkan skill memasaknya apabila menyertai rancangan realiti Masterchef Selebriti dan berjaya mendapat tempat kedua.

Apapun semoga Angah Raja Lawak cepat sembuh.

Comments