Tak Declare Sebab Nak Jaga Hati Keluarga, Mira Filzah


Ketika ini, dua artis paling popular di Malaysia ialah Mira Filzah dan juga pelawak Zizan Razak.

Kedua-duanya sering dikatakan bercinta namun memang langusng tidak diakui oleh kedua-dua mereka.

Namun, baru-baru ini, menerusi laporan mStar, Mira Filzah tidak menolak mengatakan Zizan Razak yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya sebagai lelaki paling rapat dengannya ketika ini.

Pelakon berumur 25 tahun ini akui dia amat senang sikap Zizan razak yang baginya sebagai mudah didekati selain dia senang berkawan dengannya.

"Kami masih lagi berkawan sampai sekarang... Zizan antara kawan lelaki yang rapat dengan saya.

"Nak kata ada ciri-ciri lelaki idaman tu, tak tahu la tetapi saya selesa berkawan dan bergaul dengannya,"

Mira yang popular menerusi drama Eksperimen Cinta dan drama Cinta Si Wedding Planner mendedahkan dia tidak mahu berkongsi terlalu banyak mengenai kisah peribadinya kerana ingin menjaga hati keluarga kedua-dua belah pihak.

"Mungkin salah satu sebab nak jaga hati keluarga. Saya dan dia pun masing-masing ada keluarga.

"Kalau kerap keluar gosip saja, kami okey tapi yang tak seronok keluarga la. Lagi-lagi orang tua kita,"

Sebelum ini, Mira dan Zizan dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta namun kedua-dua mengakui hubungan itu hanya sekadar kawan.

Dalam pada itu, Mira masih belum ada kesempatan untuk berbuka puasa bersama keluarganya kerana komitmennya sepanjang Ramadan yang agak padat.

Bagaimanapun kata Mira Filzah, dia akan pulang ke kampung halamannya di negeri Perak bermula dua hari sebelum menyambut hari raya Aidilfitri.

"Sekarang ini belum sempat nak berbuka puasa dengan keluarga, Insya-Allah saya akan balik kampung dua hari sebelum nak raya.

"Dapatlah merasa berbuka puasa dengan mereka. Buat masa ini, saya nak kena selesaikan kerja dahulu,"

Apapun, bagi peminat kedua-dua mereka, huibungan di antara Zizan dan Mira ini disukai ramai. Katanya nampak amat secocok sekali.

Comments