Semuanya Salah Hazami Sendiri


Malang tidak berbau buat penyanyi hebat, Hazami apabila terlantar kerana dikatakan kena keracunan makanan.

Punca kerana akibat tindakan Hazami menjamah ayam goreng yang belum cukup masak ketika bulan ramadhan ini.

Menceritakan pengalaman itu, Hazami berkata, teringin makan ayam goreng, dia terlupa perutnya sensitif lebih-lebih lagi jika bahan makanan mentah atau tidak cukup masak.

Penyanyi ini akui ianya kesilapan diri sendiri yang memasak ayan tidak betul.

"Saya alami keracunan makanan hingga terpaksa membatalkan komitmen tugas berikutan kesihatan tidak mengizinkan. Semuanya gara-gara ayam yang digoreng belum masak.

"Tak menyalahkan sesiapa, semuanya silap saya sendiri kerana terlalu lapar hingga ayam yang digoreng selama 15 minit dimakan, biarpun belum masak sepenuhnya.

"Saya sedar perut lebih sensitif selepas mengalami pendarahan usus dulu. Jadi, saya mahu ingatkan semua orang agar sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan pemakanan sihat sepanjang Ramadan,"

Diimbas kembali, sekitar tahun 2015, Hazami telah dimasukkan ke hospital akibat mengalami pendarahan usus.

Hazami yang kini sudah berumur 43 tahun sedar sikap sambil lewa akhirnya memberi kesan tidak baik kepada kesihatan diri.

Semoga hazami lebih berhati-hati selepas ini dan terus menajga kesihatan diri sendiri.

Sementara itu, tentang perkembangan kerjaya, Hazami memberitahu, album barunya telahpun siap namun masih belum di release.

Pada masa sama, Hazami juga sibuk mencipta lagu untuk penyanyi lain.

"Saya memang begitu setiap kali ada album baharu. Ini kerana saya mahu memberi karya terbaik buat peminat. Tambahan pula, saya mencipta kebanyakan lagu dalam album itu, jadi kadang kala ada perubahan yang dibuat pada saat akhir,"

"Jadi, keutamaan diberikan kepada artis. Insya-Allah, kalau tiada sebarang masalah, saya akan lancarkan album itu, tidak lama lagi,"

Itulah perkembangan terkini dari Hazami.

Comments