Selagi duduk serumah, tegas Vanidah Imran


Pelakon cantik manis Vanidah Imran amat tegas dalam menjaga keluarganya.

Vanidah bersama suaminya Rashidi Ishak berkata dia tegas dalam memantau media sosial anak-anaknya supaya tidak mudah terpengaruh dan terikut-ikut budaya remaja Barat.

Katanya, budaya negatif yang menular dalam kalangan remaja sekarang kebanyakkan bermula daripada pendedahan media sosial tanpa batasan.

"Saya follow Instagram mereka kerana jika mereka block saya, saya akan suruh mereka padam sahaja akaun IG tersebut.

"Selagi duduk satu bumbung dengan saya, mereka kena benarkan saya pantau apa juga laman sosial yang mereka ada"

Vanidah yang lebih mesra dengan nama sapaan Vee berkata, dia pernah menegur tindakan anaknya yang bergambar mengikut trend budaya luar.

Katanya, remaja sekarang mudah belajar tentang budaya yang mereka sendiri tidak tahu.

"Ada pernah mereka muat naik foto dengan posing bersama simbol tertentu dan mereka rasa ia cool. Saya minta dia padam segera kerana ia tidak elok dan membawa maksud tidak baik dalam masyarakat kita.

"Ada juga pernah mereka muat naik status bahasa Inggeris yang diambil dari Google. Namun ia ditegur oleh rakan saya yang turut mengikutinya di media sosial.

"Maksud ayat tersebut tidak sepatutnya di muat naik dan dia sendiri tidak faham"

Walaupun agak tegas, namun, Vanidah berkata, dia perlu terbuka dan memberi kepercayaan kepada anak-anaknya dalam menggunakan media sosial mereka.

"Saya tahu mereka tahu banyak benda negatif di media sosial sebab itu saya perlu bersikap terbuka dan jelaskan apa yang betul dan apa yang tidak betul.

"Benda-benda yang dulu susah nak dapat kini hanya di hujung jari sahaja. Sebab itu peranan ibu bapa penting sekarang"

Untuk penegtahuan,Vanidah bernikah dengan Rashidi pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya matanya iaitu Mikhail Imran yang kini sudah berumur 17 tahun, dan Maryam Rashika, 14 tahun.

Comments