Scha Al Yahya Hati Dah Kering


Pelakon popular tanah air Scha Al Yahya menjadi tumpuan baru-baru ini setelah tampil dengan gaya rambut yang agak pelik.

Isteri kepada Awal Ashaari tidak berasa terkesan walau sedikit apabila isu rambut pendeknya menjadi perbualan hangat peminat pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Scha yang kini berumur 35 tahun menyatakan bahawa apa yang penting dia gembira dengan penampilannya.

Pelakon ini  langsung tak mahu terlalu ambil kisah dengan pendapat orang ramai yang ada kalanya melampaui batas.

"Saya gembira dapat potong rambut pendek kerana sudah beberapa tahun menyimpan rambut panjang, jadi ia seperti satu imej baharu dalam kerjaya saya.

"Apabila ada orang menyamakan rambut saya dengan kobis dan mop lantai, saya okey sahaja kerana saya seorang yang hati kering, mereka boleh mengata saya, cuma jangan sentuh anak saya sahaja"

Scha mengulas perkara ini ketika beliau ditemui pada majlis pelancaran filem Bikin Filem di TGV, The Strand Mall.

Menjelaskan lagi hal tentang rambut raya itu, Scha berkata dia mengambil keputusan untuk memotong rambut sebegitu sebagai tanda komitmen untuk membawa watak Zarina dalam Bikin Filem yang bakal ditayangkan pada September ini.

Scha menyatakan sebenarnya dia boleh memilih untuk memakai rambut palsu namun berasa lebih puas jika memotong terus rambutnya.

"Saya berasa bebas kerana sudah lama tidak berambut pendek, jadi buat masa sekarang, saya akan menikmati gaya ini sepuas-puasnya"

Itulah penjelasan lanjut dari Scha Al Yahya tentang rambunya itu.

Scha memuatnaik beberapa foto raya di laman IG miliknya dan gambar rambut rayanya itu teruk dikritik oleh netizen sehingga menggelarnya seperti rambut serabai.

Apapun ibu kepada Lara Alana ini tetap beraya sakan pada hari raya itu.

Comments