Raya Tak Rasa Apa Apa, Ziana Zain


Penyanyi dan pelakon hebat, Ziana Zain kini sedang berdepan dengan badai rumah tangganya.

Namun penyanyi suara lantang ini tidak pernah menjadikan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya sebagai penghalang ketika sedang meraikan hari raya Aidilfitri dengan meriah seperti biasa bersama keluarganya.

Ziana yang kini berumur 50 tahun, berkata, dia langsung tak merasai sebarang perubahan malah tetap melakukan persiapan seperti mana dilakukan tahun-tahnun sebelumnya.

"Takde rasa apa pun... Raya must go on! Saya buat persiapan seperti biasa juga dan paling penting anak-anak.

"Alhamdulillah anak-anak pun dah besar dan faham tentang situasi yang berlaku tanpa perlu saya berkata apa-apa.

"Paling penting kena sentiasa positif dan kehidupan harus diteruskan,"

Kata Ziana lagi, dia memanjatkan kesyukuran kerana keluarganya amat akrab dan sentiasa meriah ketika di hari raya.

"Keluarga saya sentiasa meriah, bising, ceria jadi tidaklah rasa sunyi memandangkan ada sahaja perkara yang akan kami lakukan nanti,"

Diimbas episod duka yang melanda dengan suami, Ziana Zain dan Armin yang merupakan bekas pramugara telah bernikah pada 9 Mei 1998.

Sepanjang perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18 tahun, dan Muhammad Ammar 14 tahun, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun.

Perkahwinan mereka mencatat sejarah tersendiri kerana ia diadakan secara terbuka dengan kehadiran ribuan peminat yang ingin menyaksikan detik istimewa itu selain ia disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Pada bulan April yang lalu, Ziana Zain telah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu setelah suaminya itu dihadapkan ke mahkamah di atas tuduhan mencederakan anak mereka.

Armin tidak mengaku salah dan mengatakan dia hanya mengajar anaknya sahaja.

Kes masih lagi berlangsung.

Comments