Rambut Raya Buruk Serabai, Ini Respon Scha Al Yahya


Kecoh di kala hari raya ini apabila pengacara dan pelakon Scha Al Yahya tampil dengan gaya rambut yang baru.

Gaya rambut Scha Al Yahya ini dilabelkan sebagai buruk, serabai dan dikecam teruk oleh para netizen.

Isteri kepada Awal Ashaari ini telah memuatnaik beberapa foto di laman media sosial miliknya sempena hari raya namun ianya mendapat perhatian yang tidak disangka-sangka.

Apabila ramai yang memberi komen negatif, Scha Al Yahya akhirnya memberi respon balas.

I realize the mind and the heart can be delicate without powerful spirit atau semangat yang kuat mahupun foundation yang kuat. Im blessed i am mentally and emotionally strong . Plus dengan ada nya social media ni, semua nak bagi 2 cents masing masing sampai lupa adab. practice kindness in anything u wanna do or say. Tak salah berlainan pendapat dan preference cuma deliver cara yang appropriate and tak perlu rude . So please be kind to other people dan tak perlu body shaming or make fun of people’s looks. Be kind and understand differences. The world needs more kindness . Selamat Hari Raya yang kedua guys hope everyone is having a blast

Kata Scha Al Yahya, di laman media sosial ini, ramai yang mula memebri pandangan masing-masing tetapi sudah lupa adab ketika memberi komen.

Tambah Scha Al Yahya lagi, tak salah jika ada berbeza pendapat namun tak perlulah sampai perlu kurang ajar.

Semalam, Awal Ashaari telah memberi komen balas dengan mempertahankan isterinya dari netizen yang terus menghentam Scha Al Yahya.

Apapun, keluarga bahagia ini terus berkongsi gambar kenangan hari raya tak kira walaupun dikritik sesetengah pihak.

Comments