Rahsia Terbongkar, Ini Penampilan Terkini Siti Nurhaliza Setelah Habis Pantang


Penampilan terkini Datuk Seri Siti Nurhaliza kini telah mencuri perhatian ramai.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Jerat Percintaan ini kelihatan semakin langsing selepas melahirkan puteri sulung, Siti Aafiyah Khalid pada bulan Mac yang lalu.

Rata-rata peminat mahupun netizen memuji saiz badannya yang kelihatan semakin kecil dan langsing bagai anak dara.

Bentuk badan idaman ini berjaya dimiliki hanya beberapa bulan selepas menyambut kelahiran Siti Aafiyah.

Menurut penyanyi Cinta Syurga ini, ketika mengandungkan anak perempuannya, berat badan beliau mencecah 92 kilogram (kg).

Apatah lagi, dalam usaha mendapatkan anak, Siti Nurhaliza ada mendapatkan rawatan sehingga membuatkan badannya naik dan berisi sedikit. Tetapi itulah pengorbanan dari Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza tampil memberi rahsia tentang bagaimana dia dapat miliki berat badan ideal dan kelihatan langsing.

Penyanyi ini akui amat bersyukur apabila proses berpantang yang dilaluinya berlangsung dengan baik, apatah lagi beliau mendapat jagaan sempurna menerusi pakej penjagaan ibu dan anak oleh Natalis Mother Care.

"Sebetulnya, kalau mahu membuat comeback dalam industri muzik dan muncul di kaca TV, saya memang perlu kurangkan sedikit lagi berat badan. Begitupun, ketika ini ramai juga yang mengatakan saya sudah kembali kurus. Saya hanya mampu memanjatkan kesyukuran. Semua ini juga adalah kerana Aafiyah dan proses berpantang yang saya lalui.

"Menerusi pakej Natalis sebelum ini, makanan yang ditawarkan juga sangat sihat. Tidak ada makanan yang digoreng, sebaliknya ia lebih banyak dibakar atau dikukus. Nasi yang disediakan juga daripada beras perang. Saya pula makan dengan kuantiti yang tidak banyak.

"Selain itu, saya turut mengikuti rawatan bertunku, mandi wap dan berurut. Selain 44 hari berpantang, saya mengambil pakej jagaan mereka selama 30 hari lagi sebagai tambahan,"

"Sekarang, berat saya adalah sekitar 70kg. Memang saya kena turunkan lagi berat badan. Jika saya dapat mengurangkan sehingga 59kg, barulah lega sikit,"

Sementara itu, Siti Nurhaliza mendedahkan dirinya mengamalkan pengambilan beberapa jamu. Ia dimulakan beberapa hari sebelum tempoh berpantang selesai.

"Saya juga ada mengambil minuman bertenaga. Saya makan sarang burung, lobak putih dan pelbagai jenis ikan termasuk salmon.

"Saya turut mengambil makanan tambahan dan jamu. Ada yang mengatakan pengambilan jamu boleh membuatkan badan kita berasa panas. Saya bagaimanapun mencubanya terlebih dulu dan setakat ini, ia sesuai dengan tubuh saya,"

Itulah sedikit sebanyak rahsia dan tips dari Siti Nurhaliza.

Comments