Peringatan Rita Rudaini Kepada Elly Mazlein


Kini dalam menyambut Hari Raya Aidil Fitri, antara isu yang panas dan hangat diperkatakan adalah tentang isu nafkah anak yang ditimbulkan oleh penyanyi dan pelakon Elly Mazlein.

Elly Mazlein telah merungut di laman IG miliknya bahawa bekas suami Azmi Hatta tidak menyediakan pemberian wang belanja untuk persiapan anak sempena hari raya ini.

Dari dulu lagi sememangnya Elly Mazlein tak putus untuk emminta hak anaknya dari bekas suami dari segi nafkah penjagaan anak.

Dalam pada itu, pelakon popular Rita Rudaini telah tampil memberi pesanan dan peringatan buat Elly Mazlein.

Rita berpesan kepada pelakon Elly Mazlein supaya bersabar jika bekas suami tidak menyediakan persiapan raya buat anak.

"Buat Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlein) tidak perlu hairan kalau pak (ayah) dia tak bagi baju raya. Lantak depa (dia).

"Memang mula-mula terasa sedih, geram, sampai hati buat anak macam ni, tapi selepas tiap tahun mcm (macam) itu, sudah lali.

"Doa banyak-banyak supaya kita anak beranak dijauhi daripada manusia munafik dan didik anak-anak kita seelok elok perangai,"

Itulah luahan dari Rita Rudaini tentang isu yang melanda Elly Mazlein dan bekas suaminya.

Dalam pada itu, Rita menyatakan dalam persediaan raya tahun ini, anak Rita tidak ada meminta baju raya tetapi hanya mahu balik ke kampung sahaja.

Sedih Rita Rudaini mendengat permintaan anaknya itu iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9 tahun, dan Airit Qaqa Arjuna, 7 tahun.

Pelakon ini bercerita bahawa dua anaknya tidak mahu dia membazir dengan membeli keperluan lain sebaliknya menggunakan apa yang ada.

Namun begitu, sebagai ibu, Rita tetap membelikan dua pasang baju Melayu untuk digayakan pada pagi Syawal ini dan sambutan Aidilfitri di sekolah.

"Anak tidak mahu apa-apa sempena raya ini, mereka nak balik kampung saja. Mungkin Allah nak bagi saya senang dengan cara ini"

"Selepas dapat dua anak, saya sudah tidak kisah mengenai baju raya, malah memang tidak ada. Kalau ada pun, hadiah daripada peminat. Kadang-kadang saya pakai apa yang ada saja.

"Selepas berkahwin dan bercerai, bagi saya anak lebih penting. Tetapi, saya bersyukur dapat anak yang tidak meminta-minta. Mungkin mereka faham saya bekerja keras seorang diri untuk mereka.

"Saya tanya nak kasut dan baju raya tidak, masing-masing menolak. Mereka kata baju lama ada lagi. Apabila saya belikan baju Melayu dua pasang seorang, Rayyan membebel. Dia cakap, kenapa saya membazir. Sebagai ibu, sedih dan sebak saya mendengar. Niat saya hanya menggembirakan mereka,"

Bagus betul anak-anak Rita Rudaini ni, anak yang amat baik.

Selamat hari raya buat Rita Rudaini sekeluarga.

Comments