Memang Over Maafkan Saya


Pelakon popular Izara Aishah mencuri tumpuan ramai setelah beberapa keping foto nya bermesra dengan Perdana Menteri Malaysia menjadi buah mulut.

Izara telah tampil memohon maaf kepada orang ramai selepas gambar berpelukan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Foto berkenaan dengan cepat telah mencetuskan rasa kurang senang melihat kelakuan Izara Aisyah itu.

Dalam satu kenyataan yang ditulis di laman media sosial miliknya, isteri anak tiri penyanyi penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Muhammad Adib Khalid itu turut meminta maaf kepada Mahathir dan keluarga beliau selepas gambar terbabit mencetuskan kontroversi.

Pelakon berkenaan juga mengakui tindakan memuat naik momen peribadi ketika bersama keluarga suaminya melawat Mahathir boleh dilabelkan sebagai suatu yang agak melampau.

"Seperti kebanyakan rakyat, saya kagum setiap kali melihat YAB Tun Mahathir. Beberapa hari lalu juga tiada bezanya,"

"Saya kesal ada segelintir individu memberi respon negatif terhadap posting itu. Kepada YAB Tun dan keluarga, saya meminta maaf kerana bersikap terlampau ekspresif,"

"Just like most Malaysians, I am always in awe every time i see YAB Tun Mahathir. A few days ago was no different, but I may have taken it a bit too far by posting a private moment during our family's raya visit. I regret that some have reacted negatively towrads my posting, and to YAB Tun Mahathir and family, I apologized for any hurt I may have caused for being overly expressive. Maaf zahir batin"

Izara turut dikecam segelintir netizen yang menuduh pelakon terbabit bersikap agak plastik kerana bermesra dengan isteri Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Tun Mahathir dan isteri telah menerima kunjungan Datuk Seri Siti Nurhaliza sekeluarga termasuk Izara Aisyah sempena hari raya Aidil Fitri tahun ini.

Comments