Luahan Kecewa Maya Karin


Lama tak dengar cerita tentang selebriti cantik jelita Maya Karin. Di waktu ini memang kurang karya Maya Karin berada di pasaran.

Memang ramai peminat setia pelakon dan penyanyi ni yang tertunggu-tunggu karya terbaru dari Maya Karin.

Jangan risau, Maya Karin akan tampil dengan filem sambungan Munafik berjudul Munafik 2 berganding dengan Syamsul Yusof, memang padu cerita ini nanti. Confirm meletup-letup.

Yang terbaru tentang Maya Karin, pelakon Ombak Rindu dan juga Pontianak Harum Malam ini meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir masyarakat di Malaysia.

Maya Karin berasa amat kecewa apabila masih ada pemikiran rakyat negara ini yang masih ditakuk lama walaupun sudah pun memasuki pertengahan tahun 2018.

Beberapa hari yang lalu, pelakon cantik, Maya Karin meluahkan kekesalan mengenai isu sampah bersepah yang sehingga kini masih tak selesai.

Pelakon jelita berkenaan memuat naik foto kawasan yang penuh dengan sampah-sarap sedangkan tong sampah telah disediakan.

"Sampai bila kita akan macam ni? Tong sampah ada tapi kosong!

"Sigh berangan nak jadi Jepun. Hmmm…what should we do? It need to start at education at young.

"alam sekitar, kesedaran sivik, not sooo malaysia baru"

Memang tepat apa  yang Maya Karin luahkan istu.

Isu sampah ini memang dari dahulu hingga sekarang masih lagi berlaku yang mana orang ramai tak bertanggungjawab dan membuang sampah sarap sesuka hati tanpa memikirkan kesanya kepada alam sekitar dan juga impaknya kepada masa hadapan.

Diharapkan dengan perkongsian Maya Karin itu dapat membuka mata rakyat tentang pentingnya kita sama-sama menjaga kebersihan.

Alangkah bagusnya ada selebriti macam Maya Karin ni yang benar-benar risau dengan isu seperti ini.

Comments