Haqiem Rusly Alami Tekanan Perasaan Umum Mahu Berhenti Jadi Penyanyi


Di usia yang begitu muda, penyanyi popular Haqiem Rusly sedang berada di kemuncak kerjayanya di dunia seni tanah air.

Baru berumur 20 tahun, Hqiem Rusly sudah mempunya banyak lagu hits dan berjaya mendapat tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu tahun lalu.

Memang satu pencapaian yang amat hebat jika dilihat dari segi umurnya yang begitu muda.

Namun, hari ini, penyanyi lagu Tergantung Sepi ini membuat satu pengumuman yang agak mengejutkan ramai.

Ketika rata-rata orang sedang menyambut hari raya, Haqiem Rusly menyatakan bahawa dia kini sedang mengalami tekanan dan ada berhasrat untuk terus berhenti sebagai penyanyi.

Pengumuman ini dibuat oleh Haqiem Rusly sendiri di laman media sosial milikya.

Ini kenyataan Haqiem Rusly:

"Pengumuman penting kepada semua,dah lama saya tunggu saat ini,dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat.

"Saya ingin memberi tahu tentang posisi saya dalam industri muzik,BERHENTI atau TIDAK,pada AWAL BULAN JULY saya akan memberi jawapan sepenuhnya.

"Banyak perkara yg berlaku apabila saya di dalam industri muzik,mereka yg bercakap senang,tapi saya yang rasa sakit dan perit.Buat masa sekarang saya mahu berehat dari SOCIAL MEDIA,dan pada 24 jun saya akan hadirkan diri show di IPOH, mungkin ia akan menjadi show terakhir saya sebagai seorang penyanyi,mungkin kerana 70% peratus sudah diri saya mengatakan ia,tapi apa2 boleh berlaku.

"Kepada qiemilio jangan marah saya,sila faham keadaan saya dan anda pun tahu saya memiliki depression ni dari awal tahun dahulu dan ia terus berlaku sampai ke hari ini,bukan depress je,macam2 lagi.

"Keluarga serta FMC sudah memberi saya rehat dan berfikir hingga habis bulan June. tunggu saya Haqiem Rusli pada awal bulan JULY. Keputusan akan diberitahu.

Haqiem Rusly kini telah memadam semua foto dan perkongsiannya di laman media Instagram.

Di ruang komen rata-rata peminat bersedih dengan pengumuman ini dan mahu Haqiem terus kuat dengan dugaan yang sedang dialami.

Kita tunggu pengumuman rasmi dari Haqiem dan juga pihak pengurusannya pada bulan Julai nanti.

Comments