Teruk Kena Dengan TV3 Sebab Tak Sokong Najib, Ini Pendedahan Zuan


Sebelum ini kalau sebut nama Zuan Bikin Panas sudah pasti anda kenal dengan pengacara Melodi yang boleh dikatakan agak popular ini.

Ada kisah yang melanda Zuan apabila dia telahpun mengundurkan diri dari TV3 kerana gembar yang dikatakan menghina DS najib tak lama dulu.

Zuan semeamngnya seorang yang menyokong Tun Mahathir.

Ekoran dari itu, Zuan mendedahkan perkara yang berlaku di TV3 sehingga dia mengambil keputusan untuk berhenti dari TV3.

Ini komen dari Zuan:

"Masih aku ingat 'mereka' dalam TV3 yang tibai aku kaw-kaw waktu kes gambar DS Najib dulu. Beria-ia nak matikan aku dari TV3, sekarang dah kena halau belum?

"Untuk orang luar, warga kerja TV3 atau Media Prima tidak bersalah, tapi yang salah 'mereka' yang kuat makan dedak yang kerja dalam TV3 tu sendiri. Percayalah aku cakap yang depa makan dedak gred A, hidup mewah.

"Cover saja story org tu masyukkk baq hang. Minta SPRM check account sekor-sekor. Depa masyuk tapi warga kerja lain merana bersusah payah atas tindakan mereka. Ada beza pekerja yang mengikut arahan dengan orang suruhan.

"Walaupun mcaam cara aku buat nk betulkan salah aku tu dulu termasuklah cubaan nak jumpa dan minta maaf dekat DS Najib, depa ni ibarat tak boleh stop selagi aku masih ada di TV3.

"Di satu sudut, yang buat salah letak gurauan tak kena tempat tu aku, aku akui aku salah dan tak patut buat. Yalah aku tak sokong DS Najib, aku marah sebab apa yang DS Najib buat dekat Tun Mahathir pada waktu tu. Gila kot, Tun Mahathir tu negarawan hebat, orang Kedah dan senior aku di SAHC, confirm la aku sokong dia.

"Aku antara frontliner (bahagian hiburan) TV3 yang berani tunjukkan sokongan kepada Tun M dan DS Mukhriz di social media (IG dan FB) pada waktu itu. Yang lain semua diam sebab nak selamat diri sendiri saja.

"Untuk info setahun jugak aku hadap battle ni sebelum aku decide berhenti dengan rela hati tanpa paksaan dari Media Prima pada Nov 2016 dan focus bisnes Daging Merah Loqstaq aku. Believe me too many snakes there, semua punyai misi tersendiri baik dedakian, macai, atau dengki semua ada.

"Nak jelaskan di sini bahawa aku berhenti rela hati bukan sebab isu ni, tapi cubaan nk jatuhkan aku sebab isu ini ada berlaku dari luar dan dalam TV3 pada waktu itu.

"Aku amat berharap 'mereka' ni akan dibersihkan sepenuhnya dari TV3 dan Media Prima khususnya yg ada dalam News tu. Kesian warga kerja lain bekerja siang malam nk cari rezeki utk keluarga kena hentam sebab 'mereka' ni. Kesian lah kat depa ni. Jangan lah hina dan caci rezeki mereka yang tidak bersalah.

"Cucilah seluruh Media Prima kerana kalau setakat cuci news department saja tak jalan sebab 'mereka' ni banyak lagi dkt department lain pun ada.

"Tak perlu aku mention siapa 'mereka' ni. Sapa makan cili dia rasa pedasnya! Yg bukan 'mereka' pastinya akan relax saja kan.

"Akhir kata Tun Mahathir dah diangkat jadi PM, dia pastinya akan bijak atur TV3 tu jadi elok balik. Dont worry kawan-kawan disana.

Itulah pendedahan dari Zuan tentang kejadian yang menimpanya. Memang agak mengejutkan.

Comments