Syed Saddiq Tidak Menyesal Tolak Tawaran Ke Universiti Oxford


Ahli Parlimen Muar yang baru sahaja dipilih iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman, bukan sahaja hebat dalam bidang yang diceburi malah dia seorang yang bijak bestari.

Syed Saddiq pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford.

Pemuda berumur 26 tahun ini menganggap keputusannya menolak melanjutkan tawaran pengajian ke Universiti Oxford sebagai berbaloi, apabila Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum.

Walaupun akui tawaran ke Universiti Oxford itu sebagai peluang keemasan, beliau berpendapat ketika ini, bakti dan sumbangannya buat negara lebih diperlukan.

"Mungkin satu hari nanti saya akan kembali fikirkan untuk sambung belajar. Tapi, buat masa sekarang saya ada tugas yang perlu dilaksanakan.

"Ini masa yang penting bagi Malaysia. Suara orang muda memainkan peranan yang sangat besar dalam keputusan PRU14, dan sebagai salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu (PPBM), saya mahu memastikan suara anak muda tidak terabai dan aspirasi mereka diambil perhatian,"

Apabila diberitahu dia sesuai diangkat sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq bagaimanapun enggan memikirkan hal jawatan dalam Kabinet, sebaliknya mahu memfokuskan kepada tugas yang digalasnya kini, iaitu Ahli Parlimen Muar yang sekaligus menjadi wakil generasi muda.

"Siapa pun yang dipilih nanti, individu itu tentunya orang yang paling layak untuk memegang jawatan berkenaan. Keputusannya pasti akan dibincang bersama.

"Tetapi di pihak saya, dipilih atau tidak, bukan isunya kerana sebagai Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada PPBM, banyak yang boleh saya sumbangkan sekalipun tiada jawatan dalam Kabinet," 

Kata Syed Saddiq lagi, ketika ini, yang paling utama, ini mahu melihat kuasa rakyat dikembalikan.

"Saya harap semua pimpinan parti tidak lalai dengan kemenangan ini. Barisan Nasional yang berkuasa selama lebih 60 tahun juga boleh ditumbangkan.

"Salah satu visi saya ialah Malaysia menjadi sebuah negara di mana pemimpin politik takut kepada rakyat kerana hakikatnya, kita berkhidmat untuk mereka," 

Itulah kenyataan dari Syed Saddiq tentang isu ini. Untuk pengetahuan, Syed Saddiq merupakan seorang lulusan Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Semoga maju jaya buat Syed Saddiq.

Comments