Syed Saddiq Tak Sabar Nak Jumpa, Debat Dengan KJ


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatakan dia tidak sabar untuk berdebat dengan dua pemimin Barisan Nasional iaitu Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila sidang Parlimen bermula kelak.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beliau turut berharap agar Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau akan menjadi ketua pembangkang.

Ini komen Syed Saddiq:

"Saya memang menanti-nantikan situasi tersebut. Bukan saja berdebat tetapi saya juga nak bekerjasama dengan mereka.

"Contoh macam KJ (Khairy), program-program yang telah dilaksanakan seperti Fit Malaysia sangat baik dan perlu diteruskan. Kalau ada idea yang baik, beliau boleh bangkitkan di Parlimen"

Menurut Syed Saddiq, Manifesto Pakatan Harapan  telah menetapkan status ketua pembangkang adalah setaraf seperti seorang menteri.

Ini bermakna segala pandangan dari ketua pembangkang akan diterima pakai bukan terus dicampak ketepi.

Ini jelasnya lagi;

"Mereka akan diiktiraf setaraf dan layanannya sama seperti menteri. Apabila ketua pembangkang itu kuat, dia boleh pastikan kerajaan yang mentadbir adalah kerajaan yang telus dan berintegriti.

"Sebab itu kita nak tunggu siapa ketua pembangkang daripada pihak BN supaya kita boleh naikkan tarafnya sama seperti menteri"

Syed Saddiq berkata, dia sering dipandang rendah kerana umurnya yang muda namun kemenangannya di Mura menjadi bukti kejayaan untuk anak muda.

"Sebelum saya bertanding, banyak pihak kata saya ni terlalu muda dan tak mampu membangunkan Muar. Saya dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti anak kucing dan budak hingusan oleh menteri BN.

"Tetapi kemenangan ini menunjukkan anak muda mampu kalau diberi peluang. Saya harap ini isyarat jelas kepada kerajaan dan juga pembangkang yang baru untuk beri lebih banyak peluang kepada kami"

Itulah komen dari Syed Saddiq

Comments