Suami Curang, Deja Moss Sedih Kecewa


Penyanyi yang pernah popular satu masa dulu, Deja Moss mendakwa perkahwinannya selama 10 tahun dengan Azfendy Azzuddin Ahmad berantakan selepas dia berjaya mengetahui kecurangan suaminya itu.

Deja atau nama penuhnya Sharifah Hadijah Wan Moss berkata dia turut kecewa apabila pihak keluarga suaminya turut merahsiakan hal berkenaan.

"Punca sebenar perceraian saya adalah disebabkan kecurangan suami sejak 2013 lagi. Saya sangat sedih dan kecewa sebab rasa seperti diperbodohkan,"

Deja yang kini berumur 45 tahun berkata demikian apabila ditemui ketika majlis pertemuan dan sesi ramah mesra Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bersama pengiat seni di Restauran Dapoq Che Jun, Stesen Kereta api Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambah Deja lagi, suaminya yang kini berumur 39 tahun itu sudah tidak lagi tinggal bersamamnya dan dia mula keluar rumah pada 27 September 2017.

Deja mengatakan sejak dari keluar rumah, mereka terputus hubungan.

Selepas keluar ruamh, suami Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Menurut Deja Moss, Azfendy memberi alasan untuk memfailkan perceraian disebabkan mereka tidak mempunyai cahaya mata walaupun sudah 10 tahun berkahwin.

"Dia dah keluar rumah pada 27 September tahun lalu. Sejak itu, dia dah sekat saya di laman sosial dan telefon bagi membolehkan saya tidak dapat menghubunginya."

"Alasan yang diberi sebab nak cerai kerana kami tak ada anak walaupun dah kahwin hampir 10 tahun. Sebelum ini, saya pernah mencuba dan berusaha macam-macam untuk dapatkan zuriat."

"Tapi dia pernah berkata tak apa kalau tak ada anak. Sekarang lain pula jadinya"

"Dia yang nak cerai jadi biarlah dia yang fail cerai.

"Saya sedia bermadu tapi entahlah...yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh.

"Saya reda bercerai. Bagi mengelak terlalu memikirkan mengenai perkara ini sekarang saya tumpukan kepada kerja-kerja amal melalui Kembara Amal Ventures. Dan saya menghambakan diri kepada Pencipta saya"

Sebutan lafaz cerai pasangan ii akan dilakukan pada 23 Mei ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Deja Moss dan suaminya Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008.

Comments