Sering Kena Hentam, Ini Respon Janna Nick


Janna Nick lebih selesa untuk tidak menjawab sebarang kritikan negatif yang dilemparkan terhadapnya oleh netizen di laman sosial.

Kalau diimbas kembali, memang banyak kali pengacara melodi ini dihentam oleh para netizen di laman media sosial.

Katanya, lebih senang dia menjawab sebarang isu berkaitan dengan dirinya kepada pihak media daripada memanjangkan sesuatu isu untuk bertelagah dengan netizen.

"Saya mudah, jika tidak suka tentang apa perkara negatif dan fitnah dilemparkan saya padam dan sekat akaun tersebut kerana lebih baik tidak mengambil tahu atau membalas komen tersebut.

"Pada saya jika ada sesuatu isu, saya lebih senang menjawab kepada wartawan dan bukannya berbalas komen di Instagram,"

Janna berkata, dia tak mahu menjawab tuduhan atau kritikan di media sosial kerana merasakan tidak perlu mempertahankan diri kerana ia mampu mencetuskan perbalahan.

Malah kata Janna, dia juga tidak tahu sama ada pemilik akaun tersebut benar-benar wujud atau pun berselindung di sebalik nama samaran yang tidak diketahui niat sebenar mereka.

"Saya pilih untuk tak memanjangkan sesuatu perkara dengan berbalas komen dengan netizen kerana kita sendiri tidak tahu kewujudan mereka ini atau pun waras ke tidak.

"Buat apa hendak lawan dalam alam maya yang tak nyata? Namun apa yang baik saya ambil sebagai panduan dan berunsurkan negatif sehingga menghentam dan menjatuhkan, saya padam dan sekat akaun mereka,"

Sebelum ini Janna teruk dihentam kerana berpakaian terlalu ketat di rancangan televisyen.

Kemudian, nyanyian Janna Nick ketika emmbawa lagu Akan Becinta pula dikatakan amat teruk dan didakwa tidak boleh menyanyi secara live.

Janna ditemui di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Janna dan Zul Ariffin bersama trofi kemenangan masing-masing.

Pelakon itu turut membawa pulang trofi Aktres Pilihan menerusi lakonannya dalam drama berjudul Biar Aku Jadi Penunggu.

Mengenai perkembangan dalam bidang seni, Janna Nick bercerita bahawa dia akan sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Hingga Ke Jannah.

Janna akan bergandingan dengan pelakon tampan Fahrin Ahmad.

Comments