Saya Dah Tak Sanggup


Penyanyi legenda dari kumpulan Wings, Datuk Awie bukan sehaja hebat menyanyi namun dia juga hebat sebagai seorang pelakon.

Siapa yang bleh lupa dengan lakonannya dalam filem Sembilu dan juga Maria Mariana.

Awie jarang berlakon dalam drama bersiri dan dia ada memberitahu keputusannya untuk menerima tawaran berlakon dalam sebuah drama bersiri adalah antara kesilapan besar dilakukan.

Pengalaman kali pertama berlakon dalam drama bersiri berjudul Bila Tuhan Berbisik Cinta menyedarkannya bahawa bergelar pelakon bukan tugas mudah.

Ini komen Awie:

"Menyesal dan sungguh saya dah tak sanggup! Macam manalah pelakon-pelakon lain yang terlibat dengan drama bersiri boleh tahan berada di set penggambaran untuk tempoh panjang.

"Jujur saya katakan ia memenatkan dan kalau hendak jadikan ia sebagai kerjaya hari-hari memang tak sanggup saya.

"Bila Tuhan Berbisik Cinta ini pun dah buat saya rasa menyesal kerana sebelum ini tidak pernah berlakon dalam drama bersiri," 

Dalam pada itu, Awie berkata, penggambaran drama itu yang diadakan di negara jiran, Thailand menyebabkan dia tidak bertemu dengan keluarga selama 10 hari.

Awie atau nama penuhnya Ahmad Azhar Othman berkata walaupun memenatkan namun dia tetap berasa seronok kerana ia memberi pengalaman baru kepadanya.

"Watak saya dalam drama ini memang berat dan memerlukan fokus yang tinggi menambahkan lagi tekanan.

"Bayangkan 10 hari tidak bertemu keluarga kerana penggambaran diadakan di Thailand namun ia turut memberi pengalaman baru kepada saya.

"Banyak betul beza berlakon dalam filem berbanding drama bersiri dan ia menyedarkan saya bahawa kerja berlakon ini bukan main-main," 

Tambah Awie, dia bersetuju menerima tawaran tersebut kerana sudah berjanji dengan pengarahnnya, Raja Mukriz yang juga rakan baiknya.

Comments