Rozita Che Wan Kena Pulau


Selebriti popular iaitu Rozita Che Wan telah membuat satu kenyataan yang amat mengejutkan.

Rupa-rupanya, pelakon dan pengacara ini telah digam gara-gara tindakannya menyokong Tun Mahathir.

Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa dengan nama Che Ta berkata, dia amat bersyukur kerana berubahnya kerajaan setelah pilihanraya.

Che ta telah dipulaukan gara-gara memuatnaik gambar Tun Mahathir di IG miliknya.

Malah isteri kepada Zain Saidin ini juga menyambut baik jemputan dari Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo untuk bertemu dengan anak seni minggu depan untuk berbincang tentang isu berkenaan industri seni.

"Sebelum ini saya pernah dipulaukan oleh agensi kerajaan hanya kerana saya memuat naik gambar dan ucapan hari jadi kepada Dr. Mahathir di Instagram.

"Sejak tiga tahun lalu ramai tidak tahu yang saya digam selain terpaksa melalui pelbagai pengalaman pahit setiap kali terpaksa berurusan dengan agensi kerajaan.

"Alhamdulillah perubahan ini nampaknya memberi sinar positif terutamanya kepada anak seni dan pertemuaan dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama anak seni adalah permulaan baik," 

Sementara itu, Che Ta juga menyokong tindakan kerajaan mengumumkan Tabung Harapan Malaysia (THM) untuk membolehkan rakyat memberikan sumbangan ke arah menangani hutang negara.

Beliau sekeluarga sedang mengumpul wang untuk didermakan kepada tabung itu.

"Sumbangan yang dibuat saya dan keluarga adalah tanda sokongan kepada kerajaan dalam menangani hutang negara.

"Ia bukanlah paksaan tetapi bayangkan jika seorang mendermakan RM10 pasti jumlahnya (kalau tidak semua) sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban hutang ditanggung kerajaan.

"Kita pegang begini sahajalah, satu kita bagi Allah akan gantikan berganda kebaikan yang lain," 

Tentang isu pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun, Che Ta berkata, ini merupakan satu berita gembira terutamanya kepada usahawan sepertinya.

Che Ta berkata, GST bukan sahaja membebankan usahawan seperti dia malah ia turut melibatkan pengguna akhir dalam pembelian sesuatu produk atau perkhidmatan.

"Bagi saya ia berita yang sangat melegakan... bukan saya sahaja malah saya yakin semua ahli perniagaan khususnya menyambut baik berita tersebut," 

Che Ta berkata sedemikian ketika ditemui oleh portal mStar ketika majlis berbuka puasa anjuran Indigital Sdn Bhd dan LOL Entertainment.

Comments