Permohonan Gavin Terhadap Serina Gagal


Ini perkembangan terkini tentang Serina Redzuawan dan bekas suaminya, ahli korporat, Gavin Edward O’Luanaigh.

Memang hubungan mereka sedang bergolak ketika ini ekoran tuduhan dan dakwaan dari kedua-dua pihak dalam penjagaan anak mereka.

Yang terbaru, hari ini, Gavin Edward telah gagal dalam permohonannya mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi memerintahkan bekas isterinya, Serina Redzuawan mengemukakan sebab atas dakwaan pelanggaran perintah persetujuan bersama.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, iaitu Salehan Yatim sebentar tadi.

Ini antara komen Hakim: "Selepas meneliti eksibit dan hujahan dikemukakan, mahkamah menolak permohonan pemohon" 

Dalam keputusan itu, mahkamah turut memerintahkan Gavin Edward selaku pemohon memfailkan semula permohonan berkenaan.

Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin ketika ditemui berkata, pihaknya perlu meneliti alasan penghakiman terlebih dahulu bagi tujuan itu.

Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41 tahun, telah membuat fail permohonan ex parte sebelah pihak pada 17 April lalu di mahkamah yang sama.

Dalam permohonan dari Gavin itu, bekas suami Serina ini mendakwa banyak pelanggaran perintah persetujuan bersama oleh Serina telah dilakukan oleh anak Chef Wan ini.

Antaranya adalah membenarkan anak mereka,Tristan Tareef yang berumur 7 tahun dan Isabella Safiyya berumur 5 tahun, tidur sebilik bersama bapa Serina iaitu, Chef Wan pada 3 Disember lalu.

Dalam dakwaan lain, Serina juga didakwa melanggar memburukkan  Gavin di laman media sosial Instagram beebrapa bulan yang lalu.

Di imbas kembali, Serina dan Gavin telah bercerai pada 1 Ogos 2017, selepas tujuh tahun berkahwin.

Datuk Chef Wan antara yang lantang mengkritik bekas menantunya itu di laman media sosial kerana dikatakan telah membuli anaknya Serina dalam hal penjagaan anak-anak mereka.

Kisah ini menjadi viral tak lama dulu.

Comments