Lana Nodin Sah Kini Hamil Anak Kedua, Tahniah


Kini dah genap tiga tahun Lana Nodin dan suami, Mohd Daud McKienzie bernikah dan berkahwin.

Sepanjang perkahwinan, pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata.

Dalam perkembangan terbaru, pelakon Lana Nodin telah mendapat khabar gembira bakal menimang cahaya mata kedua, akhir tahun ini. Ya, Lana Nodin kin sah sedang hamil anak kedua.

Lana Nodin sendiri telah berkongsi perkhabaran gembira ini dan memberitahu usia kandungannya sudah mencecah tiga bulan.

Sebelum ini, Lana Nodin memang tak pernah bercerita mengenai kehamilannya atau memuat naik status mengumumkan dirinya berbadan dua.

Ditemui pada majlis berbuka puasa Lana berkata, dia rsa teringin mahu menimang anak lelaki.

"Saya dapat tahu diri ini hamil sejak bulan pertama lagi. Cuma saya belum bersedia hendak mengumumkannya lagi.

"Saya masih dalam fasa awal trimester... Bimbang kalau jadi apa-apa," 

"Saya harap kali ini dapat anak lelaki... Barulah jadi sepasang. Mana tahu dapat anak berwajah macam suami pula.

"Insya-Allah kalau tiada aral melintang saya akan melahirkan anak kedua ini pada Disember depan," 

"Selepas usia Gia lebih dua tahun, saya dan suami percaya ini adalah masa terbaik untuk dia mendapat adik.

"Malah, Gia seolah memahami keadaan ibunya yang sedang hamil. Bukan saya saja yang dia peluk erat, orang lain pun sama," 

Berbanding kehamilan pertama, Lana kini mengakui mempunyai alahan waktu pagi agak teruk ketika hamil buat kali kedua ini.

Ini perkongsian dari Lana Nodin tentang alahannya kali ini.

"Ketika mengandungkan Gia, alahan waktu pagi tidak ketara. Kali ini, lain macam teruknya. Suami saya juga terpalit sama, mengidam mangga masam setiap hari.

"Lagak suami kali ini seolah dia yang hendak melahirkan anak kami... Dia yang muntah-muntah dan loya teruk," 

"Sejak mengandung saya kurang ke dapur. Sebelum ini, memang ligat saya ke dapur dan ramai tahu saya suka memasak dan berkongsi video di Instagram.

"Malah ketika hamilkan Gia, saya sebenarnya suka ke dapur. Pendek kata, serba-serbi berlawanan apabila mengandung kali kedua," 

"Apa yang lucu, semuanya terbalik sekarang... Suami pula yang rajin ke dapur. Suami yang memasak juadah berbuka.

"Lagipun, dia makan seorang, jadi dia tahu apa yang mahu dimakan. Sejak mengandung, saya kurang berselera hendak makan,"

Tentang persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, Lana Nodin berkta dia tidak teruja membuat kelengkapan awal. Malah dia hanya dapat beraya selama dua hari sahaja di Malaysia.

"Saya fikir konsep beraya kali ini mungkin 'dua dalam satu'. Sambil beraya, beli barang keperluan anak kedua.

"Ini kerana pada 17 Jun depan, saya sekeluarga akan pulang ke Amerika Syarikat (AS). Jadi, kalau Aidilfitri jatuh pada 15 Jun, dapatlah beraya dua hari di Malaysia," 

Tahniah buat Lana Nodin dan suami. Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya.

Comments