Lama Menghilang, Rupa-Rupanya Najwa Latiff Kini Bergelar Pensyarah


Kini penyanyi popular, Najwa Latiff terpaksa memperlahankan rentak kerana beberapa tuntutan tugas ketika ini.

Melalui laporan Utusan, untuk pengetahuan semua, penyanyi lagu Kosong ini sebenarnya sudah bergelar pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) sejak beberapa bulan yang lalu.

Menambah masa yang amat dimanfaatkan dengan padat, Najwa yang baru berumur 23 tahun, sebenarnya sedang menyambung pelajaran dalam peringkat Sarjana di Universiti Malaya (UM) dalam masa yang sama.

Ini kenyataan dari Najwa Latiff:

"Kalau nak diikutkan memang agak penat sejak akhir-akhir ini kerana terpaksa melakukan beberapa kerja dalam satu masa. Bila sudah bergelar tenaga pengajar, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terutama tumpuan terhadap pelajar.

"Dalam masa yang sama saya juga tak boleh ambil mudah pengajian sendiri dan kerjaya seni. Sebab itu sampai ke hari ini saya masih lagi cuba menyeimbangkan kesemuanya"

Perkembangan hebat oleh penyanyi ini wajar dicontohi anak muda zaman kini. Najwa ternyata gembira apabila cita-cita untuk bergelar pensyarah diperoleh dalam usia yang masih muda.

Najwa telah diberikan tanggungjawab mengajar Bahasa Inggeris di Unitar dan gembira kerana dapat berkongsi ilmu dengan para pelajar di sana.

Walaupun usianya masih muda, dia tidak berhadapan dengan masalah besar untuk mengajar kerana kebanyakan pelajar di sana menghormati dirinya sebagai seorang pensyarah.

Ini jelasnya lagi:

"Dahulu timbul juga persepsi adakah pelajar saya nanti boleh menerima pensyarah yang seusia dengan mereka. Tapi bila berhadapan sendiri dengan mereka, tidak timbul isu tersebut.

"Mereka kenal siapa yang sedang mengajar di hadapan tetapi masing-masing menghormati dan memudahkan segala kerja. Saya gembira dapat berkongsi ilmu dengan mereka"

Sebagai pensyarah, Najwa Latiff tanggungjawab mengajar Bahasa Inggeris lapan kelas dalam masa seminggu, Najwa berharap dia juga mampu menghabiskan pengajian Sarjana Bahasa Inggeris (TESL) di UM dalam masa yang ditetapkan.

Semoga maju jaya buat Najwa Latiff.

Comments