Kesian Mangsa Fesyen, Diana Amir


Sempena raya yang bakal kunjung tak lama lagi, ramai diantara kita mula mencari baju baru yang cantik untuk dipakai di Hari Raya nanti.

Memang banyak jenama-jenama tempatan yang bersaing dan masing-masing mengeluarkan pelbagai jenis rekaan baju raya demi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.

Dapat dilihat, pada tahun ini, harga baju raya dikatakan telah melanbung dan dirasakan hampir dua kali ganda daripada harga tahun lalu.

Perkara ini turut mendapat perhatian oleh pelakon Diana Amir yang meluahkan sedikit rasa kecewanya terhadap rekaan baju raya yang semakin mahal serta fesyen yang tidak menjaga aurat.

Baginya, baju raya harus menggambarkan kemenangan umat Islam setelah sebulan menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadhan.

Sebagai Muslim sudah tentu direkomen untuk pakai baju yang sederhana rekaannya serta dalam masa sama masih menjaga tatasusila sebagai muslimah.
Ini komen Diana Amir:

"Bismillah.. dah start cari baju raya??

"Ada 1 persoalan yang timbul dalam fikiran bila susah nak mencari baju raya yang memenuhi kriteria ni..

"Cantik, banyak sangat yang cantik, and harga pun cantik, RM400 ke atas tu dah macam biasa utk diletakkan pada baju.. Ada yang kita faham kenapa diletak harga macam tu sebab kualiti, hasil tangan, branding... tp, ada yang macam ?????  Harga baju ikut trend ke ikut kualiti? .. camano den nak belanja baju cantik2 kat kaum kerabat ni.. cantik sikit ja harga terus ke langit.. (ok, x semua jangan marah )

"and.. baju raya ditujukan saya rasa untuk muslimah.. wanita muslim, untuk dipakai pada hari raya, iaitu hari kemenangan umat islam selepas berjaya berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan dan menzahirkan ketaqwaan .. kan?

"Tapi fesyen yang dihasilkan tak melambangkan pakaian utk wanita muslim.. tak melambangkan pakaian utk hari kemenangan umat Islam.. die cam.. Ramadhan alhamdulillah berpuasa, bertarawikh.. then tiba2 masuk bulan seterusnya ramai yang akan pakai fesyen2 itu.. Kesian kat mangsa fesyen, kita faham nak orang nampak kita yang terpaling cantik.. tapi bagaimana pandangan Dia pada kita? .

"Kalaulah fashion designer yang hebat2 hasilkan karya benar2 mengikut maksud perayaan, alangkah indahnya busana itu . Rasanya tak susah pun baju yang menutup aurat ni.. labuhkan sikit depan dan belakang, panjangkan bahagian lengan.. dah terjaga aurat saudara muslimah kita 

"Anyways sekarang ni pun Diana tengah berbadan dua, dengan baju yang terbuka di depan, atau terpendek di belakang, lagilah susah pencarian baju raya ini .. hahahhaa...

"Mesti ada butik2 yang best tapi Diana je yg taktau, bolehlah tag diana cadangan butik2 yang cantik dan menutup aurat. bolehla sisters yg len tengok2 jugak

"Maafkan salah silap saya.. Ramadhan Kareem 

Itulah antara luahan dari Diana Amir yang mendapat persetujuan para followernya.

Comments