Keputusan Pemansuhan Tol Minggu Depan, Jelas Zeti


Keputusan tentang pemansuhan kutipan tol hanya akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan, itulah yang dikatakan oleh Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Zeti berkata perkara itu masih dalam proses perbincangan dan akan dimuktamadkan segera.

Pemansuhan tol adalah seperti yang disenaraikan dalam manifesto kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Ketika ini, ahli majlis sedang mendengar penerangan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham.

"Keputusan dijangka akan diterima dalam masa terdekat kerana mereka perlu membawanya kepada ahli majlis minggu depan.

"Di pihak kerajaan dan ahli majlis, kami komited untuk mencari langkah penyelesaian terbaik demi keselesaan rakyat negara ini," kata Zeti.

Pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia itu akan diumumkan sendiri oleh ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Sementara itu, mesyuarat yang bermula jam 10.30 pagi itu berakhir kira-kira jam 4.30 petang dengan pelbagai isu dibincangkan berkaitan sektor perumahan dan tol.

Turut hadir , Ahli Majlis Penasihat Kerajaan lain iaitu bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; ahli ekonomi, Jomo Kwame Sundaram, wakil Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Oh Siew Nam serta Daim.

Hadir sama di mesyuarat itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar.

Sementara itu Shahril berkata, syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham ketika ini masih dalam perbincangan.

"Pemansuhan kutipan tol membabitkan jumlah pelaburan yang besar," katanya lagi.

Kini rakyat tak sabar dan menunggu dengan penuh kesabaran tentang isu ini.

Sebelum ini, GST telah dimumkan akan dimansuhkan, danini meruapakn satu berita baik untuk rakyat jelata.

Comments