Hubungan Erry Putra Dengan Kakak Aiman Tino Tidak Direstui Keluarga


Sebelum ini pelakon popular Erry Putra dan kakak kepada Aiman Tino iaitu Fara Hazel telah menjalin hubungan dan sedang dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Namun, yang terkini, hubungan itu dikatakan hanya sempat bertahan selama lima bulan sahaja.

Kini kedua-dua mereka dikatakan sudah berpisah dan mengambil keputusan membawa haluan masing-masing.

Antara puncanya ialah kerana tidak mendapat restu dari pihak keluarga.

Tambah Erry Putra lagi, ada berlaku pergaduhan dengan kakak Aiman Tino itu di laman sosial yang turut mengeruhkan lagi keadaan hingga membuatkan hubungan mereka renggang.

"Kami berkenalan ketika sama-sama bermain futsal dan sejak itu, berkawan baik. Seboleh mungkin, saya tidak mahu orang luar tahu mengenai hubungan kami.

"Namun, apabila hubungan kami mula dihidu, ramai menganggap ia sebagai gimik memandangkan masing-masing sedang memperkenalkan single terbaru.

"Namun, sejak tercetus pergaduhan di laman sosial, kami tidak lagi berhubung dan mengambil langkah berdiam diri. Keluarga juga tidak menerima hubungan ini, jadi lebih baik kami bawa haluan sendiri," 

Namun secara tiba-tiba pula, ada pihak yang membuat dakwaan mengatakan Erry Putra rapat dengan seorang jejaka kerana sering memuat naik gambar bersamanya di laman media sosial.

Namun Erry Putra telah tampil menepis dakwaan berat itu dan menyatakan jejaka itu adalh adik tirinya sendiri.

Adiknya itu bernama Syafiq Putra yang kini berumur 23 tahun dan sedang mencari tapak untuk diketengahkan.

Erry Putra berharap berharap dengan penjelasan yang diberikan dapat memperbetulkan persepsi ramai terhadapnya.

Sementara itu, kakak kepada Aiman Tino iaitu Fara Hazel kini semakin diterima ramai melalui penampilannya sebagai seorang penyanyi.

Lagunya berjudul Setiaku Pasti telah menjadi hit dengan sudah mencapai tontonan sebanyak 15 juta.

Comments