Hafiz Hamidun Menang Saman Syarikat Tekstil Kamdar


Penyanyi popular Hafiz Hamidun membuat pengumuman tentang satu isu yang mana dia telah menyaman sebuah kilang yekstil.

Dengan berasa lega akhirnya usaha Hafiz Hamidun untuk menegakkan haknya sebagai seorang selebriti dan usahawan tidak sia-sia apabila dia menang kes saman ke atas sebuah syarikat tekstil.

Hafiz yangkin berumur 34 tahun berkata, tindakannya itu dibuat bagi mempertahankan hak dan melindungi namanya daripada disalahgunakan oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

Ini jelasnya:

"Alhamdulillah, setelah lebih setahun akhirnya mahkamah memutuskan saya memenangi kes ini pada Selasa lalu.

"Apa yang saya lakukan ini adalah untuk melindungi nama saya yang sudah didaftarkan sebagai hak cipta dan trademark untuk perniagaan saya yang turut mengeluarkan beberapa produk berkaitan tekstil dan baju," 

Penyanyi ini telah memfailkan saman terhadap syarikat tekstil Kamdar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana salah guna namanya tanpa kebenaran pada Februari 2017.

Sebelum itu, dia sudah membuat rundingan cara baik dengan syarikat berkenaan namun tidak mencapai kata sepakat.

"Sebelum ke mahkamah kami cuba selesaikan di luar mahkamah dan tuntutan saya itu diabaikan oleh pihak mereka yang tetap mahu ia dibawa ke muka pengadilan," 

Dalam pada itu, Hafiz akui ada pihak yang mengecamnya disebabkan kenyataannya sebelum ini untuk mengambil tindakan terhadap syarikat kain yang popular itu..

Usaha Hafiz telah diperlekehkan dan ini boleh  menjadi pengajaran kepada semua pihak yang perlu melindungi hak mereka daripada disalahgunakan pihak tertentu.

"Saya sedar ramai netizen yang kecam dan anggap saya 'poyo' dan memperlekehkan usaha saya dengan menganggap saya ambil jalan mudah untuk jadi kaya.

"Terpulang kepada mereka kerana apa yang saya lakukan hanya untuk mempertahankan hak saya sahaja," 

Hafiz berkata, mahkamah menetapkan Julai depan bagi memutuskan nilai tuntutan kepada pihak berkenaan.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua.

Comments