Amyra Rosli, Amar Baharin Elak Berlakon Sebagai Pasangan Suami Isteri


Pasangan suami isteri yang sedang berbahagia iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosli sebelum ini ada berlakon bersama dalam rancangan TV.

Antara drama gandingan mereka ialah drama berjudul Suamiku Encik Sotong, Cik Bunga Dan Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja dan Cinta Di Langit Cardiff.

Yang terbaru, Amyra Rosli berkata, sekiranya mereka ditawarkan untuk bergandingan bersama dalam mana-mana filem atau drama, mereka berdua akan cuba untuk mengelakkan berlakon sebagai suami isteri kerana tidak mahu timbul perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah.

Ini jelas Amyra Rosli:

"Kami kalau boleh nak elakkanlah berlakon menjadi suami isteri, sebab dialog begini-beginikan. Lagi pula bila bergaduh taknaklah kita terlepas-lepas. Kadang-kadang dalam dialog itu, tak ada tetapi kita teremosi tercakaplah pula"

Manakala Amar Bahrin pula berkata, sekiranya satu hari nanti mereka ditakdirkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan suami isteri, mereka berdua akan cuba untuk bertemu ustaz dan para ilmuwan Islam untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Ini pula komen dari Amar Baharin berkenaan isu ini:

"Tapi kalau suatu hari nanti, mungkin kami akan Ustaz untuk bertanyakan soal ini. Sebab ada selebriti yang dah jadi perkara sebegini. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga"

"Jadi kalau boleh kita elakkanlah daripada mengambil tawaran ini, kerana bila sampai masa kita tak boleh nak buat. Tak baiklah untuk producer dan juga stesen TV. Oleh itu, biarlah saya dan Amyra berlakon berasingan supaya tidak menyusahkan pihak-pihak lain di masa akan datang"

Itulah penjelasan dari pasangan suami isteri Amyra Rosli dan juga Amar Baharin tentang berlakon bersama menjadi suami isteri di dalam drama.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah berkahwin pada 11 November 2016. Tahun depannya, pada tanggal 15 Oktober 2017, Amyra Rosli selamat melahirkan anak lelaki bernama Aqeef Anaqi Amar.

Comments